Welcome to my blog :)

rss

Tuesday, February 14, 2012

kadang2 kita gopoh.

bismillahirrahmannirrahim ~
allahumma solli 3ala saidina muhammad .

nahmudallah wa nastaghfirullah. alhamdulillah hari ini allah gerakkan rasa dan hati serta beri sedikit kelapangan untuk menulis. semakin memahami kata2 ammu IHAB bila dia kata; dia tiada masa menulis buku kerana sibuk menulis manusia. adapun banyak buku2 beliau yang kita baca, itu sebenarnya adalah ucapan2 beliau yg direkodkan lalu dibukukan dan bukanlah penulisan dari beliau sendiri. jumlah buku yang ditulis beliau sendiri, amat2 lah sedikit.

namun, haruslah tidak boleh membandingkan saya dan ammu IHAB yang semestinya jauh panggang dari api. hurm, malu je nak compare diri dgn org hebat, confirmlah ........ (anda paham sendiri). kalau nak compare dgn para sahabat, jawabnya... sendiri cari malu. uhuk.




tapi tidak mengapa, berkayuhlah walau sedikit tetapi jangan berhenti (walaupun kadangkala sang penanti peluang (baca : syaitan) sentiasa membisikkan pada kita di kala down. rujuk tafsir an nas oke? :)

oke kembali ke sri pentas (bak kata adik saya, kalau saya cakap mcm ni tak berapa serius, so kena tukar.. kembali kepada perkara pokok ? )

kita terkadang gopoh. gopoh dalam banyak perkara. tidak kira gopoh dalam hal2 seharian kita, mahupun hal2 sememangnya menuntut kesabaran kita. jom rujuk surah al asr ?

sesungguhnya manusia dalam kerugian. kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan yang berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran. [al asr : 2-3]

sedah jelas dan terang penuh suluhan kan? memang kita sudah lama dipesan, turun temurun zaman berzaman dari zaman nabi hingga kini bahawa hendak jadi orang yang beruntung, hendak jadi orang yang beriman.. tips nya AMAL SOLEH + PESAN PERKARA KEBENARAN + BERSABAR.

so kenapa gopoh wahai murabbi ? wahai diri ? (alahai...)
kita kadang terlalu gopoh dalam membina anak2 binaan kita. kita mengharap dia menjadi sekian2, terbina sekian2 dalam tempoh sekian2. ya, perancangan and aim high itu memang perlu tetapi terkadang kita terlupa nak bersabar. bersabar dalam membina diri, bersabar dalam membina mutarabbi dan lebih sedih, kadang2 kita terlupa.. apa fasa yang kita sudah lalu sehingga kita menjadi kita yang hari ini?

kita lupa bahawa kita juga mempunyai deretan murabbi / senarai2 murabbi kita yang telah sangat2 bersabar membina kita, mengajar kita, memberi tunjuk ajar pada kita, yang menunjukkan jalan satu persatu pada kita, yang pernah terkadang terasa hati atau terkecil jiwa kerana sikap kita , tidak lupa juga yang berusaha men-settlekan muawasafat tarbiyah kita.

setelah beberapa tahun, akhirnya kita menjadi.... ok la berbanding dahulu biidznillah. kita lupa itu semua memerlukan masa, pengorbanan dan kesabaran. dari zaman kita kecil menyusahkan ibu bapa kita, menjaga kita ketika sakit, zaman kecil2 nakal2 menarik tudung dia atau bercakaran air dicincang takkan putus dengan mereka kemudian pada cikgu2 sekolah kita yang kita kadang2 tak paham2 dan kemudian tanya soalan pelik2 dan bertubi2... kemudian beralih kepada murabbi kita yang hendak memberi pemahaman islam, tarbiyah dan dakwah yang bukan sekadar teori pada kita.

kita terkadang lupa dan meletakkan suatu expectation yang terlalu tinggi atau kadang2 kita rasa kita sudah berkorban masa tenaga dan jiwa hingga kita terlupa bahawa kita sebenarnya tiada apa2. Jika kita kata kita telah mengorbankan masa demi membina mereka, kita sebenarnya tidak berkorban apa2 pun sebab masa bukan milik kita. jiwa kita menyenaraikan pula hari2 kita yang isi untuk berjumpa mereka / hari2 yg digunakan untuk syura2 pembinaan mereka / wang dinar yang kita habiskan untuk mereka, kita sebenarnya tidak memberi apa2 pun yang kita punya pada mereka sebab kita hanya meminjam daripadaNya kemudian memulangkan di jalanNya.

apa sahaja sebenarnya yang kita milikki? tiada apa. hanya memulangkan pada yang hak. itu sahaja.

KENAPA KITA BUAT SEMUA INI SEBENARNYA ? soalan ini sudah ada jawapannya pada diri kita, kita sudah mengetahuinya dan kita sudah pun memahaminya, betul tak ? tajdid niat. tajdid niat. tajdid niat.

teringat kata2 UQY , "kalau siapa2 yang ada kat sini masih tidak tahu lagi kenapa dia ada kat sini, boleh keluar dari tempat ini sekarang..." memori hampir setahun lalu. banyak sungguh perkara sudah berubah. sob7anallah.

thabbit qulubana 3ala deenik wa 3ala tho3atek. ameen ya rabb. - mohon doa dari pembaca.

Monday, January 23, 2012

mutarabbi > murabbi :)

bismillah + sollu 3alan nabiy....~

a picture to share....



...and no description needed as the picture tells us all about it :)


::8:55p.m::atas rumah "bayangan / naugan" :)

Monday, November 28, 2011

History taking dari kaca mata DnT ?

bismillah + sollu 3alan nabiy...~


maha suci Allah yang menghidupkan dan yang memberi rezeki meski hambaNya berbagai ragam dan aneka perangai; ada yang sentiasa bersyukur, ada yang bersyukur ketika kesenangan sahaja, ada yang lupa untuk bersyukur dan tidak pernah mahu bersyukur. allah.. di manakah kita?


saya sejujurnya, terkesan sendiri dengan satu analogi ketika mengambil history of patient sewaktu rotation di hospital Ramtha. setujukah kalian jika saya kata....? mengambil / taking focused history ibarat membawa anak tarbiyah? mengapa begitu....??


taking focused history tidak sama dengan taking full history. focused history hanya melibatkan soalan2 yang penting sahaja untuk mencapai final diagnosis atau bahasa mudahnya, untuk kita ketahui... apa penyakit pesakit kita yang sebenarnya?? sebelum kita boleh mula plan rawatan (treatment plan) untuknya. ini berbeza dengan full history yang mana kita akan tanya semua soalan termasuk yang berkaitan dan yang tidak berkaitan dengan simptom2 yang dihadapi oleh pesakit. untuk membolehkan kita mampu mengambil focused history dengan mantap dan lancar, kita perlu masyi (pakar) dengan differential diagnosis (kebarangkalian penyakit2 lain- x reti istilah apa dalam melayu) which is sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat lah tidak begitu mudah (ok, ni istilah psychology je: kalau sebut susah, berbunyi negatif pula. uhuk), barulah kita mampu bertanya soalan2 yang diperlukan / belok2 soalan untuk exclude / rule out / tolak penyakit2 yang ada simptoms yang lebih kurang sama tetapi bukan final diagnosis nya. (erk, saya harap ini tidak memeningkan pembaca?)


so, apa kaitannya dengan membina anak2 binaan tarbiyah ?


persamaannya ada pada kejelasan kita pada manhaj dan matlamat akhir dakwah ilallah ini. kejelasan kita tentang hakikat dakwah, tarbiyah dan apa yang kita ingin capai dalam usaha di penghujungnya akan menentukan bagaimana / cara kita membina anak2 tarbiyah kita. kita akan membina dengan cara A, jika tidak sesuai dengan cara B... barangkali akan membelok, melingkar, memusing, jalan terus lurus atau sebarang cara yang bersesuaian... yang penting outputnya; hadaf dan ghayah tercapai kerana kita tahu, kita buat sesuatu atas dasar objective-oriented dan bukan bilangan barnamij / daurah / programme-oriented.


em, dapat ke ye point saya? apa2pun 3ala baseeerah. perlu jelas. perlu menyenaraikan nama anak2 binaan dan letakkan target + cara mencapainya. dan oleh kerana kertas yang ditulis itu tidak mampu bergerak, maka kitalah yang perlu merealitikannya... bukan sekadar tulis dan berangan mereka akan terbina dengan sendirinya! (tanam keras2 dalam diri -tak pe kan kalau nak tegas dengan diri sendiri?)


3ala kulli 7al, di penghujungnya.. Allah jualah yang memegang hati2 mereka dan Allah jualah yang memilih manusia untuk berada di jalanNya. saat kita rasa penat / lelah atau kebuntuan / ketandusan idea atau sebagainya... jangan pernah putus asa dan berhenti menyayangi mereka (tak tahu kenapa at the end saya tulis macam ni tapi rasa sayang kerana Allah itu membuatkan kita akan terus menyantuni mereka. ini pendapat saya, anda mungkin ada pendapat sendiri yang mungkin boleh dikongsi diruang komen di bawah?)


p/s: 1- terima kasih buat para pendidik saya dari segenap lapisan; mama+abah, guru2 zaman berzaman, asatizah2 dan murabbiyah2 saya yang tidak pernah berputus asa dengan saya. semoga ganjaran / tabungan pahala terus mengalir kepada kalian sekalipun kita sudah tiada lagi di bumi ini. doakan kita semua mampu reunion di syurga ye? :)


2- satu je yang saya hendak kalian buat selepas baca post ini, tolong doakan saya thabat di jalanNya hingga hujung nyawa ye? allahumma ameen.








::8.33pm::bayt muriyaat-dorg semua tengah serbu talam-kejap lagi nak join::syukran Allah atas ketenangan hati ini::






Sunday, November 20, 2011

jalan keluar yang tak disangka2

bismillahhirrahmannirrahim...
salawat dan salam untuk junjungan nabi muhammad s.a.w


alhamdulillah... alhamdulillah3x!!
setinggi2 kesyukuran buat cinta teratas, tuhan sekalian alam.

hari ini 'pertanyaan, permintaan dan persoalan' saya kepadaNya terjawab. jalan keluar yang tidak disangka2 yang ditunggu2 itu terhidang di hadapan mata. dan yang menambah nikmat, saat jawapan itu sampai dalam suatu bentuk meski yang belum saya faham, hati saya berasa tenang, tiada kocakkan dan saya yakin ada sesuatu di sebaliknya... meski ketika itu saya belum faham.

jiwa terasa bebas. seakan batuan2 kecil yang terantai di kaki sang burung yang menghalangnya untuk terbang tinggi terurai. indah. sangat indah perasaan itu. manisnya ia kerana setelah melalui satu fatrah yang agak panjang juga... sengsaranya. namun pastinya tidak mampu menandingi perasaan sang rasul saat terhentinya wahyu antara al-alaq dan muddatsir. [hoho.. haruslah kan, saya bukan nabi. akhawat pula tu. :P ]

point dia: sengsara + sabar ---> kegembiraan yang amat \\^-^// inilah tarbiyah hati :)

syukur lillah. semoga ini menjadikan aku hambaMu yang lebih mencari kemanisan ketaatan padaMu ya rabb <3

quote favuorite sejak akhir2 ni;
"kamu sangka saat kamu benar2 berpegang teguh / berpaut kepada Allah, kamu kira Dia akan melepaskan tangan kamu?"

ayat zouq hari ini : at-thalaq: 2-3 @ ayat 1000 dinar. [untuk lebih kendiri, sila rujuk quran terjemahan masing2 ye]

akhir kata, doakan saya untuk diberi ilham sentiasa untuk terus mengalir di blog ini. jujur saya katakan, kalau dah biasa menulis, bila kita berhenti.. rasa stagnant juga. ;)

p/s: nak sambung study cystic fibrosis nih. yallah boi =)


::7.59p.m::byt muriyaat::mahu terus menderu laju mengalir bersama dakwah::

Wednesday, October 12, 2011

izinkan.

bismillah + sollu 3alan nabiy.

izinkan. izinkan saya mengundur diri dari arena ini. sehingga suatu masa. suatu masa yang saya sendiri kurang pasti fatrah dan tempohnya. suatu tempoh yang mampu mengembalikan satu kekuatan untuk kembali.

mohon beruzlah diri dari alam ini. suatu yang pasti, mohon teruskan doa kalian untuk diri ini.

Allah ma3akom.

::10.45pm. :: syari3 ahram, duwar qubbah::bila saya mohon petanda, kemudian Dia menjawabnya::